Friday, September 28, 2012


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
 
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4970-nikmatnya-perpisahan-insan-bercouple.html

ADD LA SAYA SEBAGAI FOOLOWER

salam,

kawan2 yang view page nie mintak tlg add sbg follower ye..saya baru nak blajar blog..kot2 bleh blajar dari kawan2..

mintak tunjuk ajar ye.

tq

Saturday, September 1, 2012

Sunday, May 27, 2012

PAC MIDA 2012

Mest ramai orang yang tertanya-tanya apa itu ujian PAC. secara ringkas nya pac ialah program assesment center yang dijalan kan oleh pihak JPA atau pun Badan berkanunu seperti Mida dan lain-lain.

oleh itu tergerak hati aku untuk berkongsi pengalaman yang aku lalui di ujian PAC mida baru-baru ini bertarikh 26 May 2012 di MITI komplek kerajaan jalan duta.

FUhhhhhhhhhhhhhhhhh...............mula mula dapat email panggilan ujian ni memang bersyukur sangat, sbb ingat x lepas dah ujian bertulis hari tu. lepas baca surat panggilan memang kecut perut habis la aku..mana tak nya kena pakai pakaian sukan. sah2 kena berlari..sebb nak kena buat ujian fizikal katanya...

kalau 2 tahun lepas x dak masaalah lah aku masih slim..hahaha..sekarang dah over slim dah.adui..

secara basic nya ujian ini akan menilai perseta dari segi :

1.sahsiah diri
2.jati diri
3.personaliti
4.kekuatan fizikal
5.kepimpinan

harap bakal-bakal perserta ujian PAC lepas ini bersedia.

untuk persediaan aku pun mula lah search dekat internet apa itu PAC, keluar lah macam2..ada yang kata pac ini kena buat semingu ada kata 3 hari.tapi semua tu bergantung kepada jabatan masing-masing.

sebab kawan aku pun dapat ujian pac dekat kastam penolong pegawai kastam kalau x salah aku. tapi ujian dia selama 2 hari..maksudnya lebih mencabar lah.

ujian dia lagi dasyat kena lari 2.4 km kalau x silap aku, kena buat si-up lagi, mcn2 jugak lah ujian fizikal dia buat. kena buat ujian personaliti 200 soalan, latihan berkumpulan dan mcn2 lagi lah. untuk persedian calon perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.


ini pengalaman aku....

mula-mula pergi sana kena register jam 7.30 pagi. tp nak ada 30 minit awal. nasib lah kawan aku ada tolong hantar kan terima kasih sangat2 razi, jasa mu tidak akan ku lupakan..hahahaha.

bermula lah ujian kami..masuk ke dewan dengar taklimat dari pengarah mida..dia cakap untuk jawatan pengawai ehwal ekonomi gred E41 ni pemohonan melebihi 4600 orang, setelah ditapis beberapa ribu sahaja dipangil untuk ujian bertulis. untuk ujian bertulis nanti aku cite lain..alhamdulilah aku berjaya melepasi ujian bertulis ini. Untuk ujian Pac ini kalau x silap aku lebih kurang 300 orang dipanggil. dan pengarah tu cakap nak pakai 30%. lebih kurang ada 90 kekosongan lah kalau x silap.


ujian yang pertama ialah ice breaking.

dalam ujian ni perkenalkan diri, dan perlu ingat semua nama dalam ahli kumpulan contoh kumplan aku 19 orang.kena la hafal dalam masa 1 minit. nasib aku ingt.huhuhuu....

ujian kedua LDK latihan dalam kumpulan;

untuk menguji tahap kerjasama dan memberi idea..dalam kumpulan ni nanti boleh la nampak yang akan over2 padahal x tau apa pun..kalau boleh beri lah idea yang matang dan jelas, bukan idea yang kebudak2 kan. nasib aku lah duduk dalam kumpulan ramai yang fress grad. jadi idea nye bermacam2 lah.

ujian ketiga pun LDK jugak tapi kena PUBLIC SPEAKING.

ujian ni nak tengok tahap keyakinan diri untuk bercakap. jadi kalau tak ada idea pun cakap ja, asalkan x dok diam...untuk public speaking kena perlu ada maklumat,isu-isu semasa. english pun kena praktis juga. penting. nasib la aku dapat tajuk CAREER IN FACTORIES. nasib lah x susah sangat.

ujian keempat Kekuatan Fizikal:

yang ini apa lagi, lari la jawab nya..untuk ujian ni kami kena berlari mengeliling bagunan MITI. yang berbukit-bukit sejauh 2km rasanya. diberi masa 20 min. sangat panjang masanya. alhamdulilah aku lepas.masa larian aku lebih kurang 7min.

ujian kelima tahap kreativiti.

kami kena buat tarian, apa2 jenis tarian. semua ini untk menguji kreativiti dan idea. tapi ada udang disebalik mee, disebalik ujian ini. perlu berhati-hati. hal ini kerana phak fesi akan menguji tahap kecergasan kita selepas berlari tadi, sbb mereka nak lihat sama ada kita masih cergas atau tidak, kalau lepas lari x dak semangat dah kita akan fail. semua ini terdapat dalam pernilaian. mereka akan provoke kita sehingga habis program dalam keadaan letih dan lesu..mental kena kuat.


akhirnya aku berjaya tamat ujian ini..aku sudah lakukan yang terbaik, selebihnya berdoa dan tawakal kepada maha esa. kalau ada rezeki insyallah aku lulus ujian ini. amin.

kepada kawan2 diluar sana semoga anda semua berjaya menempuhi ujian Pac ini.

Harap pengalaman ini dapat membantu anda semua.

Best Of Luck To You All.





Ini Lah Aku Insan Yang Tidak Sempurna


Post ini aku ambil dekat i luv islam tajuk dia, Inilah Tuan Milik tulang Rusuk kiri Mu.
situasi aku sama dengan penulis ni...apa yang digambarkan oleh nya sama apa yang aku lalui..
artikel ini sangat bagus untuk memotivasikan diri untuk ke jalan yang benar.amin. moga segalanya 
akan dipermudahkan.
tapi aku dulu bukan belajar dekat matrikulasi, tapi hanya mengabil STPM sahaja..aku kongsikan artikel 
yang ditulis oleh penulis ini kepada semua.

SEBAB AKU TAHU RAMAI YANG DILUAR SANA SENASIB DENGAN DIRIKU INI. WAHAI SAHABAT DAN KAWAN2 SEMUA MARI LAH KITA SAMA2 BERTEKAT UNTUK BERUBAH KE JALAN YANG DIREDHAI.
mengaku kalah tidak sekali, biar sesuka mana sekali pun tetap akan ku cuba untuk tujuan yang diredhai.

mari sama sama kita renungkan sebagai pengajaran:

Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Terdapat satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." 
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kadang kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?

Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Jika aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat sebagai isteri aku?"
"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"

Dari situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman hidup aku yang sah.

Tuesday, May 15, 2012


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta