Post ini aku ambil dekat i luv islam tajuk dia, Inilah Tuan Milik tulang Rusuk kiri Mu.
situasi aku sama dengan penulis ni...apa yang digambarkan oleh nya sama apa yang aku lalui..
artikel ini sangat bagus untuk memotivasikan diri untuk ke jalan yang benar.amin. moga segalanya
akan dipermudahkan.
tapi aku dulu bukan belajar dekat matrikulasi, tapi hanya mengabil STPM sahaja..aku kongsikan artikel
yang ditulis oleh penulis ini kepada semua.
SEBAB AKU TAHU RAMAI YANG DILUAR SANA SENASIB DENGAN DIRIKU INI. WAHAI SAHABAT DAN KAWAN2 SEMUA MARI LAH KITA SAMA2 BERTEKAT UNTUK BERUBAH KE JALAN YANG DIREDHAI.
mengaku kalah tidak sekali, biar sesuka mana sekali pun tetap akan ku cuba untuk tujuan yang diredhai.
mari sama sama kita renungkan sebagai pengajaran:
Ketika aku masih lagi di bangku
sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja
yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta
antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu
sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah
pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga
kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan
sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa
di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si
lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki
dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si
wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang
perlu kita terima.
Terdapat satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita
lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang
teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika
kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum
wanita kamu."
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kadang kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina
untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa
itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya.
Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula
dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah
cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis
rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?
Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui
selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup
sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi
lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami
dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan
agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya
selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang
baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah
terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku
abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan
duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering
bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua
perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari
situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Jika aku seorang lelaki
yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat sebagai isteri
aku?"
"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi
insan yang mulia di sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal
dan seiring rasa segan untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang
rusuk itu buat sekian kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu
kepada Allah sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat
rasakan betapa tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan
dengan hati yang ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah
itu yang akulah tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah
iman. Pendek kata apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas
sahaja. Banyak lagi perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh
menerima aku sebagai suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya
sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu,
ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman
hidup aku yang sah.
lupa bagitau umur kami berbeza
ReplyDelete