Friday, March 22, 2013

ANDAI DIRINYA JODOHKU

ya allah ampunilah segala dosa dosa ku ya allah.

sunguh berat ujian yg enkau berikan kepada ku. kenapa aku masih mengigati dirinya, walaupun segala kepahitan yang aku lalui ya allah.

kenapa ketika diriku sakit dan lemah, ingatan ku kepada nya begitu kuat sekali. adakah ini ujian mu ya allah. tabahkan lah hati ku ni ya allah, berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

walaupun dirinya bukan miliku lg, kenapa engkau hadirkan dirinya dalam ingatan ku..aku redha dan relakan pemergian nya dari hidupku.kerna ku tahu aku tak mampu membahagiakan nya. andai aku mampu membahagiakan nya di saat diriku menderita aku rela ya allah, kerana hamba mu ini tidak mampu melihat insan yg disaygi menderita.

walaupun sudah hampir dua tahun berlalu, ianya tetap di fikiran ku..andai dirinya jodohku kau satukanlah kami kembali, sesunguhnya perpisahan kami ini kerana mu ya allah, kami mencari keredhaan mu ya allah. aku pasrah dengan ujian yg engkau berikan kepada ku ya allah,. andai ini ujian yang kau berikan untuk memberikan kebahagian kepada ku aku redha ya allah.

walaupun dirinya kini menjadi tunangan org, engkau lah mengetahui segala yg baik dan buruk. sesunguhnya engkaulah yang maha berkuasa. andai jodoh ku dengan dirinya kau satukan lah kami kembali di jalan yg halal disisi mu ya allah. kepada mu ku panjat kan doa agar semuanya di permudahkan. andai dirinya bukan jodohku, ya allah kau jauhkan lah perasaan sedih, derita dan kecewa dalam diriku ini. tabahkan lah diriku ini untuk menghadapi ujian mu ini ya allah.

aku bersyukur ya allah dengan rezeki yg kau berikan kepada ku ya allah.sesunguhnya taubat seorang hamba mu yg lemah ini diterima disisi mu ya allah. walaupun sayap hamba mu ini telah patah, dan x mampu lagi untuk terbang ke langit biru, hanya pada mu ku panjatkan doa agar diriku kembali hidup.

sesunguhya aku pernah lupakan diri mu ya allah, ujian mu ini memberikan aku kesedaran ya allah, aku pernah bertaqwa kepada mu, aku pernah bergantung kepada mu ya allah, kadang2 aku alpa aku lemah aku jauhkan dari mu. walaupun diriku hancur susah untuk ku bangun kembali..hampir setahun aku hilang dalam kegelapan.

aku berdoa kepada mu ya allah berikan lah aku kekuatan untuk bangun kembali..berikan petunjuk dan hidayah mu kepada ku ya allah. hanya pada mu kiu bersujud dan berdoa..

hidupku terubang ambing kini, mungkin ini hukuman yg engkau berikan kepada ku atas dosa lalu. andai ini yg terbaik bagi diriku ya allah aku redha.

hidupku pernah bersinar kerana manusia, mungkin salah bg diriku kerana bergantung kepada manusia semata mata..aku tahu aku belum layak untuk menjadi imam kepada dirinya. kerana dirinya seorang wanita muslimah yang sempurna. ya allah kau lindungilah diri dan hubungan dengan tunang nya. lindungilah hubungan mereka darri maksiat dan juga malapetaka ya allah permudahkan lah hubungan mereka hinggan ke syurga.

terima kasih ya allah kau berikan aku kekuatan ini, walaupun dirinya tiada di sisiku, ku tetap bahagia kerana aku mendapat cinta mu ya allah. terima kasih kau hadirkan diri nya sebagai petunjuk kepada diriku ya allah.

sesunguhnya hikmah disebalik dugaan yg engkau berikan ini sungguh bermakna..andai diri nya masih ingatkan hamba mu ini, ku berharap dirinku sentiasa berada di dalam doanya. kerana dirinya sunguh bermakna dalam kehidupan ku. lembah sintok meningalkan seribu kenagan pahit dan manis diriku dan juga dirinya. disitu lah bermula nya kehidupan dan permulaan kehidupan sebenar hamba mu yang bernama mohd saiful b ishak.

andai panjang umur dan jodoh aku berdoa dapat bertemu kembali dengan dirinya. andai dirinya tahu yang diri nya masih di dalam hati ku dan hidup ku untuk selamanya walaupun dirinya sudah melupakan ku..

bahagiakanlah dirinya ya allah..semoga kamu bahagia bersamanya kenagan terindah

Norul H


terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ku,
terima kasih pernah membahagiakan diriku
terima kasih kerana pernah memberi semangat kepada diriku ketika aku lemah
terima kasih kerana pernah memberi harapan kepada diriku
terima kasih kerana mengajar erti kehidupan kepada diriku
terima kasih kerana memberikan ku cinta ilahi
terima kasih kerana sangup menungu dan menagis kerana diriku
terima kasih kerana sanggup menanggung beban yg berat tak terhingga kerana diriku
terima kasih kerana kerana berada disisi ku ketika senang dan susah

dan

terima kasih juga kerana memberikan penderitaan ini kepada diriku.

semoga kita bertemu kembali wahai kekasih hati yang pernah singgah di hatiku.

Tuesday, March 12, 2013

MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU


tersagat best lagu ini semoga ianya memberi semangat dan pedoman pada diriku ini.



Taubat Seorang Hamba

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Friday, January 4, 2013

BILA ORANG YANG MENCINTAIMU, MEMUTUSKAN PERGI MENINGGALKANMU

Bila orang yang mencintaimu memutuskan untuk pergi meninggalkan dirimu dan engkau tau kepergiannya untuk orang lain..BERSYUKURLAH ..kerana akan datang orang lain yang cintanya lebih besar dari dia yang dulu mencintaimu dan memutuskan pergi darimu..IKHLASKANLAH..k erana meski di hadapanmu dia sudah baik tapi belum tentu dia yang TERBAIK untukmu..BERSABARLAH...k erana yang sempurna dari yang tersempurna akan dihadirkan untukmu yaitu orang yang memang ditakdirkan untukmu..HENTIKAN...Tang ismu kerana tau kah ketika engkau menangisinya,,? Dia sedang berada dipelukan orang yang ia pilih menjadi pendampingnya dan sesungguhnya air matamu bukanlah untuk orang yang tepat air matamu jatuh sia-sia bukan,,,?SEMANGATLAH...m enantikan dia yang memang baik bukan hanya di hadapanmu tapi juga baik di hadapan ALLAH AZZA WA JALLA yang akan membangun puing-puing kehancuran hatimu dengan Cinta yang hanya kematian memisahkanmu dengannya..insy aAllah ..Salam santun ukhuwah penuh cinta...x

Monday, December 24, 2012

ISTERI BARU AKU

alhamdulilah syukur kepada allah s.w.t dengan limpah kurnianya, 
aku dimurahkan rezeki.syukur di umurku yg ke 25 tahun dapat juga memiliki isteri baru ku yang bernama viva..sudah lama ku idamkan akhirnya sampai juga masa aku dapat memilikinya. viva yang ku cinta, kau hadir ketika ku sangat memerlukan mu. oh sygku viva akan ku jaga dan lindungi mu dengan sepenuh hati ku...mcm org gila plak aku ni kan..hahaha...padahal kereta viva je pun..kihkih..tak kisah asalkan ianya dari hasil titik peluh aku sendiri..tak sabaq nak balik tunjuk dekat mak dan abg, nak bawak depa p jalan2 la..hehhehee...mak anak mak dah ada keta dah..pas nie mak jgn risau lg ya, cek balik x basah di hujan dah x panas dek terik matahari dah..mak pun x perlu risau dah cek balik tgh tgh malam...continue~

Wednesday, November 14, 2012

Biarlah Enggang Sama Enggang, Mana Nak Sama Dengan Pipit


Begitulah bunyi pepatah melayu yang belum kita pastikan kesahihannya. Banyak yang boleh kita pelajari, walau pun banyak juga yang boleh kita sanggah dengan pepatah ini.
Tetapi untuk lebih bahagia, penulis agak bersetuju dengan pandangan ini. Mengapa?
Hidup seperti enggang, daya tujahan bila terbangnya jauh lebih tinggi dari pipit, makanan enggang juga jauh lebih besar dan banyak dari pipit. Malahan tinggi letak duduk enggang di dahan pokok juga jauh le bih tinggi dari pipit.
Enggang dijadikan Tuhan jauh lebih cantik, bukan saja dari bentuk badannya, malah juga dengan bentuk badannya berbanding pipit yang sederhana.
Namun keduanya tidak pernah bertembung dan sombong. Mereka dapat hidup harmoni mengikut syariat yang ditentukan Tuhan.
Tetapi, mereka akan pasti tak merasa bahagia kalau gagal memahami sunnatullah hidup ini. Pipit akan gagal dalam perlumbaan jarak jauh kerana kemampuan kepaknya yang pendek yang akan hanya membatas dan memenatkan. Berbanding enggang, dengan sekali libasan kepaknya akan menujahkannya jauh ke depan dan boleh menggelungsur dengan lebih lama di udara.
Begitulah kehidupan ini, kita menjadi stress kalau cuba menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri, seapa adanya. Dengan pendapatan dari gaji dan perniagaan yang kita perolehi, itu menentukan sejauh mana taraf hidup kita ketika ini. Berbelanja tidak mengikut ukuran boleh mengundang pelbagai masalah seperti hutang keliling pinggang. Tengok saja laporan Utusan Malaysia semalam, trend lelaki muda yang berbelanja kasar dan mempunyai hutang yang banyak, agak mengerikan. Apalagi setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Hari-hari bertengkar, ada saja yang tak puas hati. Pening! Pening! Pening!
Susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit. Pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit. Sebab itu kata orang tua-tua dulu, carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama dengan temponya. Memang benarlah kata mereka itu.
Kalau  gagal mengikut syariatnya, pipit memang mudah cemburu melihat enggang. Dan enggang juga akan mudah sakit hati kerana tidak boleh memagut beras sama seperti pipit dek kerana paruhnya yang panjang dan besar!
Berbuatlah sesuatu mengikut ukuran dan takaran masing-masing. Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia-sia. Malah Allah amat adil dalam semua PenciptaanNya.
Kalau kemampuan kita sedikit, jangan berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan. Kalau punya duit sedikit, jangan sibuk berhutang sana-sini hanya untuk memiliki kesenangan seperti orang yang kaya. Itu kan stress namanya? Penulis tidak bermaksud untuk tidak menggalakkan orang berusaha dan mencuba, tetapi nikmatilah kesenangan itu bila sudah tiba masanya dan tak perlu nak berhutang atau pecah amanah untuk hidup mewah.
Kita juga tak perlu nak menipu dengan meminjam duit orang dan berlagak seperti orang senang. Pipitlah usahlah menipu dan memperdayakan orang lain hanya semata-mata nak jadi enggang! STRESS!!!!!
Enggang susah nak faham keperluan pipit, pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang. Nabi yang mulia juga selalu nasihatkan kita, bersederhanalah dalam segala hal. Ikutlah ukuran dan takaran agar sesuai dengan keperluan hidup. Apakah kita nak paksa berikan apa yang kita minta? Atau lebih baik menunggu pemberianNya yang jauh lebih sesuai dengan keperluan kita.
Tak malu kah pipit menagih duit ratusan ribu ringgit, malah jutaan ringgit hanya semata-mata pernah bersama sebentar dengan si enggang ? Fikirkan dan nilailah diri samada untuk terus terbang sekawan di antara si enggang dan sang pipit……………………
Jauhi STRESS dan nikmatilah sebuah kebahagiaan…..

Sunday, September 30, 2012

http://www.youtube.com/watch?v=pRul_AQ8wFU

Adakah Dia Milikku?

Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.

Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah!  Janji Allah itu pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu  sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Aminhttp://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4941-adakah-dia-milikku.html